9Bangunan Terkenal dan Bersejarah di Malaysia Menara Maybank, Kuala Lumpur bangunan. Menara Maybank yang mengagumkan ini merupakan sebuah pencakar langit 50 tingkat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Merupakan sebuah lokasi dan destinasi terkenal buat para pelancong bukan Kuil Berdiridi 170 meter di atas tanah, Menara Petronas adalah gedung pencakar langit kembar di Kuala Lumpur , Malaysia. Bangunan-bangunan yang menyandang predikat tertinggi di dunia antara 1998-2004 ini merupakan landmark ikonik ibu kota. Berikutini beberapa museum terbaik di Malaysia yang wajib dikunjung untuk menambah wawasan Anda. 1. Museum Bank Malaysia 2. Museum Hantu Penang 3. Museum Kamera 4. Museum Seni Islam 5. Museum Keturunan, Penang 6. Museum Kapal Selam Malaysia 7. Museum Lorong Waktu 8. Museum Mainan, Penang 9. Museum Galeri Seni Malaka 13. Museum Layangan dan Rakyat Inimenjadikan Daerah Sandakan sebagai ekopelancongan yang terkenal di Sabah (Melakatour, Contohnya di bandar utama Sandakan terdapat bangunan terkenal yang besar dan tinggi iaitu Habour Mall Sandakan Dipetik daripada - malaysia/sabah-bakal-jadi-hab-pengeluar-produk-burung-walit-dunia-jeffrey-268079. Dicapai pada 9 November 2021. Marilihat senarai tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. 1. Masjid Jamek 2. Rumah Penghulu Abu Seman 3. Dataran Merdeka 4. Muzium Negara 5. Muzium Diraja Malaysia 6. Muzium Kesenian Islam Malaysia 7. Muzium Seni Kraf Orang Asli 8. Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) 9. 49Bangunan Bersejarah Di Malaysia Yang Menarik | Jom Pulang Ke Masa Lampau 1. Menara Jam Atkinson (Atkinson Clock Tower). Menara Jam Atkinson pada asalnya telah dibina untuk memperingati Pegawai 2. Bangunan Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Board/ Jesselton Post Office). Bangunan yang meletakkan zVpWY. Setiap negara pasti memiliki cerita seram yang berkembang di masyarakat. Gak terkecuali negara Malaysia. Meski negaranya sudah maju dan masyarakatnya modern, mayoritas masyarakat masih mempercayai adanya hantu yang menunggui bangunan-bangunan terbengkalai dan pernah dengar soal Villa Nabila di Johor Baru atau Kellie's Castle yang terkenal itu? Kalau belum, yuk, baca 5 bangunan terseram di Malaysia berikut bikin merinding!1. Villa Nabilapotret villa nabila di Johor, Malaysia, ada Villa Nabila yang super seram. Menurut cerita, dulunya vila ini ditempati oleh sebuah keluarga bersama pembantunya. Namun, karena ada suatu masalah, sang pembantu membunuh seluruh anggota keluarga dan mengubur mayatnya di sekitar vila. Ada juga yang bilang juga kalau pembunuhan yang terjadi di Villa Nabila diakibatkan oleh perampok. Karena pembunuhan yang tidak wajar, roh pemilik vila kemudian bergentayangan di sana. Well, kini bangunan mewah dengan dua lantai itu tampak tidak terurus dan kian menakutkan karena selalu gelap. 2. Rumah Mona Fandeypotret rumah Mona Fandey Mona Fandey adalah seorang penyanyi pop asal Malaysia tahun 90-an. Meskipun terkenal sebagai penyanyi, Mona justru beralih profesi menjadi dukun. Nah, pada tahun 1993, Mona Fandey terbukti membunuh politisi Mazlan Idris dalam ritual magis penggandaan uang. Pada awalnya, Mona Fandey dan sang suami melakukan ritual mistis supaya uang milik sang politikus berlipat ganda dan ia memiliki kekuasaan besar. Sayangnya, kemudian Mazlan Idris justru dihabisi. Tubuhnya dimutilasi jadi 18 bagian dan dikubur di halaman Mona Fandey dihukum mati pada tahun 2001 lalu, rumahnya sampai saat ini tidak tersentuh. Bahkan ghostbuster dan penyelidik supernatural di sana mengatakan jika rumah tersebut masih memiliki aura yang sangat gelap. Baca Juga 10 Fakta Kayakoy, Kota 'Hantu' di Turki yang Penuh Reruntuhan 3. Kellie's Castlepotret kellie's castle Dibangun sebagai simbol cinta untuk istri dan anak, siapa sangka jika Kellie's Castle akan jadi salah satu bangunan paling menyeramkan di Malaysia. Dibangun oleh William Kellie-Smith, bangunan ini ditinggalkan oleh istri dan anak-anaknya karena seolah jadi saksi berbagai peristiwa buruk yang menimpa mereka. Mulai dari usaha yang gagal dan kematian William sendiri di usia 56 lama ditinggalkan keluarga Kellie, bangunan yang tampak gagah dan romantis tersebut justru jadi tempat penyiksaan dan pembunuhan oleh penjajah Jepang. Banyak yang mengklaim pernah melihat arwah Kellie Smith berada di lantai dua bangunan tersebut. Ada juga hantu-hantu lain yang tidak kalah mengerikan ada di sana. Kalau kamu berani datang, gak?4. Mimalandpotret mimaland yang berada di Gombak, Selangor, Malaysia, adalah taman hiburan yang dulunya pernah sangat diidam-idamkan anak-anak sebagai tempat bermain mereka. Sayangnya, Mimaland tidak panjang umur dan tutup permanen sejak tahun 1994 lalu. Pun kini kondisisinya benar-benar tak terusus dan kejadian tragis terjadi di sana seperti kabar kematian turis asal Singapura yang tanpa sebab hingga bencana tanah longsor yang menimpa tempat rekreasi tersebut. Sejak ditinggalkan, Mimaland ditumbuhi semak dan tanaman anggur sehingga makin menambah nuansa kengeriannya. Banyak yang mengatakan bahwa Mimaland adalah bangunan yang dikutuk lantaran banyaknya kejadian buruk yang terjadi. Walau begitu, kini masih banyak yang mendatangi Mimaland, apalagi bagi mereka yang menyukai kisah misteri dan menantang. 5. Pudu Jailpotret pudu jail Bicara soal penjara saja sudah menakutkan, apalagi kalau penjara yang berhantu, ya? Ini adalah gambaran dari Pudu Jail. Meski sudah dihancurkan dan ditinggalkan sejak tahun 2009, banyak kejadian aneh yang masih "tertinggal" di Jail dibangun semasa penjajahan Inggris dan sudah mengurung lebih dari 2000 tawanan Perang Dunia Kedua. Jadi, jangan heran jika banyak cerita mengerikan tersaji dari tempat ini. Mulai dari hawa panas dan dingin dalam satu waktu yang dirasakan oleh pengunjung, sampai sering terdengar teriakan dari ruang eksekusi meskipun kosong. Duh, jadi merinding kan setelah membaca ulasan di atas! Bangunan-bangunan tadi adalah saksi kekejaman manusia dan semoga kita bisa memetik hikmahnya. Jadi, kamu berminat gak nih buat mendatangi bangunan-bangunan tersebut? Baca Juga 5 Tempat Ngeri dan Berhantu di Skotlandia, Berani Uji Nyali di Sana? IDN Times Community adalah media yang menyediakan platform untuk menulis. Semua karya tulis yang dibuat adalah sepenuhnya tanggung jawab dari penulis. Reka bentuk seni bina penuh magik dan mempesona, dan di belakangnya adalah arkitek yang mengilhamkan dan mengawasi semua aspek pembinaannya. Seni bina moden adalah tentang mengambil visi yang memberi inspirasi, dan menggunakan kemahiran dan alat yang diperolehi selama beberapa dekad pengalaman untuk memupuknya kepada kehidupan. Keindahan seni bina adalah satu legasi yang ditinggalkan oleh pemilik ciptaannya. Peninggalan berwawasan yang menjadi kebanggaan negara akan kekal menjadi warisan terutama buat keluarga. Mereka adalah aset berharga Malaysia kerana inspirasi wawasan yang disalurkan melalui cetusan idea seni bina, namun di mata anak-anak aka arkitek muda, mereka adalah seorang bapa aka arkitek otai yang tiada tolok bandingannya! Sempena Hari Bapa ini, kami ingin meraikan enam hero berwawasan industri seni bina yang telah memberi inspirasi kepada masa depan pembinaan yang lebih beraspirasi. *Senarai ini dibuat sempena Hari Bapa dan kerana itu menampilkan arkitek lelaki. Senarai arkitek wanita ternama Malaysia juga akan dibuat. 1. Datuk Kington Loo Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1930, Loo adalah pemula dalam seni bina moden di Malaysia. Reka bentuk seni binanya, di bawah firma yang diusahakan, iaitu Booty & Edwards, bertanggungjawab untuk banyak bangunan tinggi awal yang masih dapat anda lihat menjulang tinggi di seluruh negara. Pada tahun 1962, beliau menjadi penduduk tempatan pertama yang dipilih sebagai Presiden Persekutuan Persatuan Arkitek Malaya FMSA, yang bersekutu dengan Institut Arkitek Diraja British RIBA. Manakala pada tahun 1998, beliau merupakan penerima pingat emas pertama daripada Pertubuhan Akitek Malaysia PAM, atau Institut Arkitek Malaysia. Arkitek Malaysia yang terkenal ini mereka bentuk bangunan pejabat tinggi pertama di KL Bangunan Koperasi Polis 13 tingkat, serta Kompleks Dayabumi, yang kekal sebagai mercu tanda ikonik hingga ke hari ini. Beliau juga merekabentuk Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, dan bangunan Standard Chartered di Kuala Lumpur. 2. Ken Yeang Beliau adalah seorang arkitek berwawasan dan sering meggabungkan rekaannya dengan kecintaannya terhadap alam sekitar dan solusi ekosistem. Arkitek yang sering memenangi anugerah seni bina ini merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan mempunyai portfolio meluas merangkumi hospital-hospital di UK, sehingga ke menara-eko yang menakjubkan di beberapa bandar yang pesat berkembang di China. Banyak rekaannya berkisar tentang idea untuk membawa estetika semulajadi dan reka bentuk hijau ke dalam persekitaran yang dibina, mewujudkan sinergi antara keindahan alam semula jadi dan seni bina bandar. Sebagai juara gerakan reka bentuk hijau, Ken Yeang terkenal sebagai perintis yang lebih jauh ke hadapan ketika zamannya. Visi seni bina hijaunya kini jelas dapat dilihat, seperti di bangunan Perpustakaan Negara Singapura, Mangrove Bay di Shenzhen, dan Spire Edge di India. 3. Hijjas Kasturi Arkitek terkenal Hijjas Kasturi sering digelar bapa seni bina Malaysia’ kerana pengaruhnya terhadap seni bina negara. Biarpun dilahirkan di Singapura, namun beliau sangat berpengaruh dalam evolusi seni bina Malaysia yang merdeka. Sepanjang tempoh 50 tahun kerjayanya, bukan sedikit bangunan yang mendapat sentuhan magisnya. Pencapaian seni bina yang paling terkenal daripada tokoh ini termasuk Menara Telekom Di Kuala Lumpur, bangunan Menara Maybank, dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seperti ramai nama-nama hebat yang lain, hasil sentuhan ideanya juga berkembang seiring dengan pengalamannya, merangkumi konsep reka bentuk hijau dan seni bina eko. Ini dapat dilihat di bangunan berwawasan seperti Hotel Penaga, Pulau Pinang, yang menggabungkan taman berlanskap, panel solar, dan sistem penuaian air hujan yang menjadikannya satu-satunya bangunan hijau bertaraf Gold Star di Pulau Pinang! 4. Dr Tan Loke Mun Dr. Tan Loke Mun dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan mendapatkan latihan seni binanya dari Universiti Deakin, Australia pada tahun 1980-an dan kemudiannya menerima ijazah kedoktoran dari University of Melbourne, Australia. Apabila kembali ke Malaysia, Dr. Tan mengasaskan amalan ArchiCentre’ pada tahun 1994. Beliau adalah Presiden Institut Arkitek Malaysia dari tahun 2005 hingga 2007, dan telah menerima pelbagai anugerah yang mengagumkan untuk kerja-kerja beliau sepanjang tempoh kerjayanya. S11 House mencerminkan etos yang mampan di tengah-tengah banyak reka bentuk arkitek terkenal ini, dan semangat untuk struktur berwawasan yang terbukti sepanjang kerjayanya. Kerja-kerja firma beliau boleh dilihat di Setia City Convention Centre, Setia Ecotower, Armanee Terrace 2, dan pelbagai bangunan lain di Malaysia. 5. Dato’ Lee Yoon Thim Beliau adalah tokoh yang bertanggungjawab membentuk imej negara global selepas pasca kemerdekaan. Dato’ Lee merupakan seorang pakar apabila dirujuk mengenai reka bentuk seni bina hotel kerana beliau menggabungkan modernisme dengan citarasa tempatan. Sejurus selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1963, Dato’ Lee Yoon Thim yang juga sahabat baik kepada ramai pemimpin awal negara, termasuk Tuanku Abdul Rahman, diraikan kerana reka bentuknya dalam seni bina Islam dan bangunan kerajaan. Di Kuala Lumpur hari ini, Stadium Chin Woo, Dewan Bahasa dan Pustaka serta bangunan UMNO masih berdiri. Selain daripada itu, beberapa masjid juga mendapat sentuhan rekaan Dato’ Lee iaitu Masjid India, Masjid Al-Ubudiyah, Masjid Ar-Rahman dan Masjid Jamek Kampung Baru. 6. Tan Sri Dato’ Esa Mohamed Beliau adalah pengasas dan pengarah urusan firma arkitek, Akitek Jururancang Malaysia Sdn Bhd AJM. AJM ni bukan calang-calang, ia bertanggungjawab mereka bentuk beberapa projek hartanah ternama negara termasuklah Subang Jaya, Pelan Induk Kuala Lumpur dan Pelan Induk Putrajaya. Antara projek reka bentuk yang diketuai Esa Mohamed ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Datai Bay Resort Langkawi, Mid Valley City and Garderns dan Sunway Piramid. Kerjanya diiktiraf industri dalam dan luar negara, malah pernah mendapat pelbagai anugerah antarabangsa termasuklah Anugerah Aga Khan untuk Seni Reka 2001. 7. Chan Seong Aun Beliau adalah antara arkitek terawal di Malaysia yang bergiat aktif dalam aspek kelestarian bangunan hijau. Chan Seong Aun adalah arkitek utama di Arkitek Daya Seni Sdn Bhd, beliau juga salah seorang pengasas dan bekas presiden Majlis Bangunan Hijau Malaysia MGBC serta bekas presiden Persatuan Arkitek Malaysia. Dalam bidang kelestarian sektor pembinaan, nama beliau memang tidak asing lagi dan minatnya kepada aspek kelestarian reka bentuk dan pembinaan tercetus seawal krisis minyak global 1970-an lagi yang mengajarnya tentang kepentingan tenaga dalam bidang pembinaan. Tidak ketinggalan – César Pelli! Tidak lengkap senarai arkitek ini jika tidak menyebut tentang César Pelli! Pereka berwawasan keturunan Argentina-Amerika ini adalah mastermind’ di sebalik gah seni bina ikonik Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Pelli ternyata memasang impian untuk mencipta nama – dan bertanggungjawab untuk reka bentuk beberapa bangunan pencakar langit yang paling ikonik di dunia. Di samping Menara Berkembar, beliau juga merealisasikan menara kebanggaan yang menjulang tinggi di Cira Center South di Philadelphia, dan Salesforce Tower di San Francisco, Amerika Syarikat. Memetik kata-kata beliau, “keinginan untuk mencapai langit sangat mendalam dalam jiwa manusia." Ini sudah tentu menjadi faktor penentu dalam kehidupannya sendiri, dan ia dizahirkan pada rekaan-rekaan bangunan yang luar biasa. Kesungguhannya terhadap pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit menyaksikan pemilik nama ini meraih anugerah pencapaian seumur hidup oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat. Arkitek memainkan peranan penting dalam industri pembinaan dan hartanah. Tanpa mereka, tak terbina lah bangunan yang lawa dan seronok untuk didiami. Terima kasih! Panduan Relevan 6 Bangunan Tertinggi di Malaysia! Tak Sah Kalau Tak Lawat 5 Bangunan Paling Unik Di Malaysia Ini! 16 Homestay Menarik Di Malaysia! Malaysia, walaupun kecil jika dilihat pada peta dunia, kekayaan negara ini dalam aspek yang lain tidak boleh dibilang dengan jari. Salah satunya adalah kewujudan tempat-tempat bersejarah untuk diteroka bagi yang ingin kembali ke masa lampau dan lari dari dunia moden buat seketika. Di dalam artikel ini kami telah senaraikan 50 buah bangunan bersejarah di Malaysia yang cukup menarik untuk dilawati dan diselami kisahnya. Senarai ini telah dibahagikan mengikut negeri. Teruskan membaca. Kuala Lumpur 49. Bangunan Sultan Abdul Samad Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the cake’ untuk bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di hadapan Dataran Merdeka, anda boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya yang lebih-lebih lagi memukau jiwa pada waktu malam sambil menikmati angin bandar. Dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893, bangunan ini memiliki reka bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam berdasarkan 3 buah kubah yang terdapat padanya. Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan, namun, pada tahun 1948, setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk, Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan sebagai Sekretariat Persekutuan. Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah dipindahkan ke Shah Alam, dan sejak dari itu, bangunan ini telah diberikan nama yang baru bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 ke 1898, Sultan Abdul Samad. Alamat Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur 48. Masjid Jamek Kuala Lumpur Siapa sangka di KL ini masih ada lagi sesuatu yang telah berusia lebih daripada seabad dalam keadaan pembangunan yang rancak ni kan? Inilah usia Masjid Jamek Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1907, menjadikan ia sebuah masjid yang tertua di KL. Seni binanya adalah berdasarkan reka bentuk Moghul daripada utara India. Ianya telah direka bentuk oleh seorang pembantu arkitek, Arthur Benison Hubbock. Setelah menikmati ketenangan berada di sekitar masjid, anda boleh melawat banyak lagi tarikan lain di sekitar contohnya China Town, Jalan Tar dan Little India yang semuanya boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki dari sini. Alamat Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 47. Muzium Telekom Berjalan-jalan di KL tiba-tiba anda terlihat sebuah bangunan yang tak ubah macam di luar negara, cukup unik reka bentuknya. Untuk pengetahuan anda, muzium ini memiliki 2 rupa yang berbeza. Macam mana tu? Bahagian bangunan yang menghadap Jalan Gereja memiliki pengaruh seni bina Roman dengan 8 buah tiang yang tinggi. Manakala bahagian bangunan yang menghadap Jalan Raja Chulan pula memiliki gaya Eropah. Muzium Telekom ataupun Muzium Telekomunikasi Negara adalah lokasi di mana anda sekeluarga dapat melihat perkembangan dunia telekomunikasi Malaysia dari tahun 1870-an sehinggalah ke dunia moden. Jangan tak tahu, orang zaman dulu tak guna wayar atau satelit untuk berhubung, tapi menggunakan peralatan seperti buluh, kayu yang dipanggil ketok-ketok dan sebagainya. Di muzium ini, anda dapat melihat bagaimana sistem kod Morse wujud di Tanah Melayu yang bermula daripada sambungan kabel ke Hindia Timur Belanda yang kemudiannya berkembang ke London dari Melaka dan Pulau Pinang. Alamat Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur Waktu Operasi Setiap Hari – Cuti Umum Tutup Bayaran Masuk RM5 46. Muzium Diraja Negara Terletak di Jalan Istana, Muzium Diraja Negara telah berdiri di sini sejak dari tahun 1928 lagi. Bangunan yang bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah agam milik seorang jutawan Cina, Chan Wing. Bangunan muzium ini telah direka bentuk oleh sebuah firma seni bina Swan & MacLaren yang terkenal dari Singapura. Muzium yang dahulunya sebuah rumah kediaman ini memiliki keluasan hektar. Rumah dengan gaya seni bina Palladian ini pada ketika itu merupakan rumah agam dengan saiz yang tidak dapat ditandingi oleh rumah lain di sekitar Tanah Melayu. Bangunan ini kemudiannya telah diubahsuai dengan penambahan bilangan bilik daripada 13 kepada 20 buah, balai mengadap, dapur untuk memuatkan 100 orang, satu dewan santapan, empat bilik tetamu dan dua balai kemasukan. Alamat Jalan Istana, Kuala Lumpur Waktu Operasi Setiap Hari – Bayaran Masuk Dewasa RM5 Kanak-kanak RM2 Warga Emas RM3 Baca 74 Destinasi Menarik Di Kuala Lumpur Selangor 45. Istana Bandar Alaeddin Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905, Istana Bandar Alaeddin adalah sebuah peninggalan antik yang memiliki seni binaan yang unik. Sewaktu pembinaan istana, tukang-tukang Cina yang mahir turut terlibat dimana mereka menghasilkan ragam hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina sendiri. Secara keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh Islam dari Timur Tengah dan juga India. Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat keindahan lanskapnya yang dipercantikkan dengan kehadiran kolam-kolam di hadapan istana. Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisuri baginda sehingga baginda mangkat pada 1889. Bangunan ini kemudiannya menjadi tempat pertabalan sultan Selangor ke-7. Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini telah tidak digunakan lagi kerana pusat pemerintahan mula dipindahkan ke KL. Alamat Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting 44. Rumah Banglo Hatter’s Castle – Ladang Pulau Carey Kalau anda Google Hatter’s Castle ini, anda akan terlihat senarai list yang tak ada kaitan dengan istana di Pulau Carey ni, tapi adalah senarai tentang filem klasik British tahun 1940-an yang diadaptasikan daripada novel hasil penulisan Cronin. Rumah banglo di Pulau Carey ini pula, dinamakan dengan nama yang sama mungkin kerana ini novel kegemaran pemiliknya. Rumah indah ini memiliki reka bentuk Britain dan Perancis yang diilhamkan oleh pengasas Pulau Carey iaitu Edward Valentine Carey pada tahun 1923. Jurutera yang terlibat dalam pembinaannya didatangkan dari Denmark iaitu Gjorup. Keadaan di sekitar rumah ini sungguh tenang dan penuh dengan kehijauan, tidak jauh dari rumah ini terdapat sebatang pokok ketapang dan pokok ara yang sangat besar. Walaupun sudah berdekad lamanya, rumah ini masih dalam keadaan yang baik kerana dijaga oleh pemilik ladang, Golden Hope Plantation. Alamat Sime Darby West Estate, Heritage Island, Pulau Carey, 42960 43. Masjid Bandar Masjid Bandar yang klasik ini telah dibina sebaik selesainya pembinaan Istana Bandar Alaeddin iaitu pada tahun 1905. Jarak antara masjid ini dengan istana hanyalah dalam 200 meter. Masjid yang dirasmikan pada 18 Jun 1924 ini pernah menjadi Masjid Negeri di Selangor. Untuk pengetahuan anda, masjid ini mampu menampung 500 jemaah pada satu-satu masa. Mengenai reka bentuknya, Masjid Bandar memiliki reka bentuk yang diinspirasikan dari seni bina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara serta campuran antara seni bina Islam di Timur Tengah dan India. Alamat Jalan Istana Kampung Bandar, 42700 Jugra, Selangor 42. Kota Raja Mahadi Terletak tidak jauh dari bangunan Majlis Perbandaran Klang, Kota Raja Mahadi ini telah dibina oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ketika kemuncaknya peperangan Klang iaitu pada tahun 1866. Peperangan Klang berlaku akibat perebutan kuasa untuk memerintah daerah Klang antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Kubu yang terletak di Bukit Kota ini tidak lagi digunakan sebaik dua buah peperangan saudara berakhir. Alamat 60, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang 41. Bangunan Sultan Suleiman Shah Bangunan Sultan Suleiman Shah adalah sebuah bangunan warisan kebangsaan yang dibina pada tahun 1909 dengan reka bentuk kolonial, dibina oleh arkitek bernama Hubback. Pada asalnya, bangunan ini digunakan oleh British dan kemudiannya bertukar tangan dengan pihak Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Selepas peperangan berakhir, bangunan ini telah digunakan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan sehinggalah ianya dijadikan sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz pada tahun 2005. Alamat Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan Waktu Operasi Selasa – Ahad – Isnin & Cuti Umum Tutup Baca 73 Destinasi Menarik Di Selangor Untuk Sesisi Keluarga Perak 40. Galeri Sultan Azlan Shah Galeri Sultan Azlan Shah bertempat di dalam sebuah istana lama yang dinamai Istana Ulu atau nama-nama lainnya Istana Kota, Istana Cempaka Sari dan Istana Cinta Berahi, banyaknya nama untuk satu istanakan? Istana ini mula dibina pada tahun 1898 dan segalanya selesai pada tahun 1903. Bahan-bahan untuk membuat istana ini didatangkan daripada negara-negara seperti India, Itali, Perancis dan dari Tanah Melayu sendiri. Sewaktu pembinaannya, bahan-bahan binaan dari luar negara telah didatangkan dengan menggunakan kapal-kapal dagangan yang menggunakan Sungai Perak, manakala bahan tempatan pula diangkut menggunakan gajah. Bayangkanlah suasana ketika itu. Pasti meriahkan? Di dalam Galeri Sultan Azlan Shah ini anda dapat melihat pameran pelbagai barangan peninggalan Sultan Perak yang termasuklah pemberian-pemberian daripada luar negara, foto-foto salasilah kerabat Diraja dan banyak lagi. Alamat Galeri Sultan Azlan Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak 39. Kellie’s Castle Beraura misteri, Kellie’s Castle adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina oleh seorang pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan sebagai lambang cinta kepada isterinya serta untuk mengembalikan kenangan kepada rumah yang jauh di Scotland. Namun, sedihnya, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan secara serta-merta kerana Kellie telah mati secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak 100% siap, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia yang termasuklah terowong-terowong bawah tanah. Alamat Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah 38. Masjid Ubudiah Kalau anda nak tahu, Masjid Ubudiah ini juga dikatakan sebagai salah satu masjid yang terindah di Malaysia. Datang dulu ke sini, baru anda tahu betapa cantiknya masjid ini. Asalnya, masjid ini telah dibangunkan kerana nazar Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28 yang menjalankan pemerintahan dari 1887 ke 1916. Masjid yang didirikan di Bukit Chandan ini mula dibina pada tahun 1913 dengan kos sebanyak RM220,000 pada ketika itu dengan bantuan seorang arkitek, Hubback dan kerja pelaksanaan pula oleh ketua jurutera negeri Perak, Caufield. Dapat dilihat masjid ini memiliki pengaruh seni bina Islam-India serta bentuk segi lapan yang unik. Alamat Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar 37. Kompleks Sejarah Pasir Salak Kalau anda suka melihat suasana rumah yang klasik, anda boleh melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak. Antara tarikan yang boleh dilihat di sekitar kompleks ini adalah dua buah Rumah Kutai iaitu rumah tradisi Perak, monumen Birch, meriam Lela Rentaka, kubu Datuk Maharaja Lela dan kubur Sipuntum. Mengikut sejarah, kawasan ini adalah tempat dimana residen Inggeris pada ketika itu, Birch mati dibunuh oleh orang Perak, dan disebabkan ini, Sultan Perak telah dibuang jauh ke Pulau Seychelles. Alamat Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak 36. Muzium Perak Terletak di Taiping, Muzium Perak ini merupakan sebuah muzium yang tertua di Malaysia. Muzium dengan reka bentuk neo-klasikal Inggeris ini telah dibina pada tahun 1883 oleh residen-residen Inggeris yang berada di Perak pada ketika itu. Antara barangan yang terdapat di sini adalah artifak-artifak peninggalan Melayu di Perak, namun yang paling banyak terdapat di sini adalah koleksi-koleksi botani dan zoologi yang melibatkan spesimen-spesimen haiwan bersaiz kecil hinggalah kepada gajah. Alamat Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Bayaran Masuk Dewasa RM2 Kanak-kanak RM1 Baca 75 Tarikan Pelancong Paling Popular Di Perak Melaka 35. Kota A Famosa Memang banyak bangunan bersejarah di Malaysia tetapi Kota A Famosa boleh dikatakan yang selalu menjadi sebutan ramai. Kota A Famosa adalah sebuah kota yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu dibawah taklukan Portugis. Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan yang sempurna, kerana satu-satunya struktur yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago. Dikatakan bahawa pintu gerbang ini adalah struktur Eropah yang tertua di rantau Asia. Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih teguh berdiri kerana menggunakan antara jenis batuan yang paling kukuh iaitu Batu Lada ataupun Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari. Alamat Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka Waktu Operasi Sepanjang Hari Bayaran Masuk Percuma 34. Baba & Nyonya Heritage Museum Nak tahu lebih banyak tentang komuniti yang unik Baba Nyonya? Jangan lepaskan peluang untuk melawat Baba & Nyonya Heritage Museum sekiranya ke Melaka. Muzium ini pada asalnya merupakan tempat tinggal bagi keluarga Cina, iaitu keluarga Chan yang datang untuk berniaga dari tahun 1865 ke 1919. Pada tahun 1985 pula ia mula dibuka sebagai muzium yang diuruskan sendiri oleh generasi ke-4 keluarga ini. Dipamerkan di dalamnya adalah perabot-perabot asal yang dipelihara dengan baik, yang masing-masing memiliki ciri Baba Nyonya yang sangat cantik untuk diamati. Alamat 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka Waktu Operasi Isnin – Khamis – Jumaat, Sabtu & Ahad – Bayaran Masuk Dewasa RM15 Kanak-kanak 5 – 12 Tahun RM10 33. The Stadthuys The Stadthuys adalah antara tarikan di Melaka yang tak patut anda lupa untuk singgahi sebab kat sinilah anda dapat bergambar dengan menarik bukan sahaja oleh kerana reka bentuk dan warna bangunan ini, tapi juga disebabkan oleh barisan beca yang penuh warna-warni dan berbunga-bunga yang beratur panjang di dinding luar bangunan. Dibina pada tahun 1650, The Stadthuys pada asalnya adalah penempatan rasmi untuk Gabenor Belanda. Jangan terkejut, sebenarnya ketika zaman Belanda, bangunan ini berwarna putih, namun pada tahun 1911, iaitu sewaktu zaman penjajahan British, bangunan ini telah dicatkan dengan warna merah seperti yang dilihat sekarang. Alamat Persimpangan bulatan Jalan Quayside, Admiral Street, dan Jalan Chan Koon Cheng, Bandar Hilir Melaka 32. Independence Monument Museum Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada asalnya digunakan sebagai tempat orang-orang atasan dan pegawai kerajaan bersosial, namun selepas kemerdekaan, ianya dibuka kepada orang ramai sebelum dijadikan bangunan memorial pada tahun 1985. Bangunan yang dibina pada tahun 1911 ini kini menjadi tempat penyimpanan pelbagai dokumen-dokumen, artifak, majalah, keratan akhbar dan lain-lain lagi yang penting kepada negara dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Alamat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Melaka, Bandar Hilir, 75000 Baca 64 Destinasi Menarik Di Melaka Negeri Sembilan 31. Istana Lama Seri Menanti Pernah tak anda tertanya-tanya, apa maksud ‘Seri Menanti’ tu sebenarnya? Untuk pengetahuan anda, Seri Menanti adalah nama 3 batang padi yang tumbuh di kawasan sekitar yang dinamakan sebagai Padi Menanti ataupun ‘semangat padi yang menanti’. ‘Seri’ pula bermaksud ‘padi’ di dalam bahasa Jawa. Baru tahu kan? Istana Lama Seri Menanti ini adalah sebuah istana 4 tingkat yang dibina untuk menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar sewaktu Perang Bukit Putus. Istana ini telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar dengan arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu istana ini dibina dengan reka bentuk alam Minangkabau. Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan walaupun satu batang paku besi! Macam mana tu? Untuk menyambung dari satu bahagian dengan bahagian yang lain, mereka menggunakan sambungan kayu yang dinamakan pasak. Alamat Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Kuala Pilah 30. Rumah Putih Rumah Putih adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1912 oleh Habbach. Bahan asas yang digunakan dalam pembinaan bangunan berwarna putih ini adalah batu-bata yang kemudiannya dikemaskan dengan simen. Bangunan dengan reka bentuk British ini, pada awalnya digunakan sebagai pusat pentadbiran British sebelum dijadikan sebagai pejabat kerajaan negeri yang kini telah pun dipindahkan ke bangunan baru. Sekiranya anda ke sini, anda juga dapat melihat tugu peringatan yang berdiri di hadapannya. Di samping itu, di dalam kawasan yang sama juga, iaitu di hadapan bangunan ini, adalah kawasan di mana Hari Memperingati Pahlawan diadakan setiap tahun. Alamat Berhampiran Wisma Negeri 29. Masjid Jamek di Jalan Dato’ Bandar Tunggal Masjid Jamek yang terletak di Jalan Dato’ Bandar Tunggal merupakan sebuah masjid dengan reka bentuk unik yang tertua di Negeri Sembilan. Masjid yang dibina pada tahun 1924 ini berdiri di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir yang merupakan pendakwah Islam yang terkenal pada zaman itu. Jika dilihat dengan terperinci, reka bentuk Masjid Jamek ini kelihatan agak sama dengan yang terdapat di negeri Melaka. Alamat Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, Seremban 28. Istana Lama Ampang Tinggi Istana Lama Ampang Tinggi merupakan istana yang siap dibina pada tahun 1865. Sebaik pembinaannya selesai, istana ini diduduki oleh Yamtuan Ulin sebelum dihadiahkan kepada puteri baginda, Tunku Cindai yang berkahwin dengan Tunku Muda Chik. Selepas itu, istana ini diturunkan pula kepada anaknya yang bernama Tunku Halijah. Bermula daripada itu, rumah ini dijadikan tempat tinggal keluarga Tunku Muda Chik dari masa ke masa dan diabaikan sepenuhnya bermula dari tahun 1930. Pada tahun 1953, bangunan lama ini telah dibuka dan diangkut ke Seremban untuk dibina semula dan siap setahun kemudian. Pada tahun 1980 pula, istana ini sekali lagi dipindahkan untuk dibawa ke dalam Kompleks Budaya Negeri Sembilan iaitu di dalam tapak Muzium Negeri Sembilan. Kini, anda boleh masuk ke dalamnya untuk melihat pelbagai barangan antik dan khazanah Negeri Sembilan. Alamat Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Sungai Ujong, Negeri Sembilan, 70200 Seremban Baca 60 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Johor 27. Muzium Diraja Abu Bakar Muzium Diraja Abu Bakar terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya adalah Istana Besar Johor. Istana yang siap dibina pada tahun 1866 ini telah dibina dengan pengaruh reka bentuk Resaissance di bawah seliaan arkitek Eropah. Perabot-perabot yang terdapat di dalam istana ini telah ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dari negara England. Bangunan ini kemudiannya telah dibaikpulih untuk dijadikan muzium pada tahun 1982. Di dalam muzium ini anda dapat melihat pameran barangan yang diperbuat daripada perak, cenderahati dan barang-barang kemas. Di samping itu, turut dapat dilihat adalah foto-foto keluarga Diraja sejak pemerintahan Sultan Abu Bakar. Alamat Grand Palace, 80500 Johor Bahru, Johor Waktu Operasi Sabtu – Khamis – 26. Bangunan Sultan Ibrahim Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di atas Bukit Timbalan ini adalah lokasi dimana terletaknya jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Mula dibina pada tahun 1938, bangunan dengan ketinggian 11 tingkat ini siap sepenuhnya pada tahun 1942 dengan perbelanjaan sebanyak RM2 juta. Reka bentuk bangunan ini agak unik dengan gabungan seni bina Kolonial, Islam dan Melayu Johor. Di hadapan istana ini terdapat lukisan 8 bintang yang menjadi simbol kepada 8 buah daerah yang terdapat di dalam negeri Johor. Pada bahagian pintu masuknya pula terdapat ukiran dengan motif flora yang termasuklah lada hitam serta bunga cengkih yang merupakan hasil utama Johor. Alamat Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru 25. Stesen Keretapi Lama Johor Bahru Stesen Keretapi Lama Johor Bahru pada suatu ketika dulu pernah menjadi stesen yang penting menghubungkan Johor Bahru dengan kawasan bandar yang lain. Bangunan yang dirasmikan pada tahun 1932 ini memiliki reka bentuk barat yang cukup unik. Namun begitu, bangunan ini telah ditutup pada tahun 2010 setelah stesen keretapi terbaru siap dibina bersebelahan dengan stesen ini. Alamat  Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor 24. Masjid Sultan Abu Bakar Berada di Jalan Skudai, Johor Bahru, masjid yang mula dibina pada tahun 1892 dan siap pada tahun 1900 ini telah direka bentuk oleh arkitek Melayu, Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak yang mendapatkan inspirasi daripada bangunan-bangunan zaman Victoria Inggeris memandangkan Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar agak cenderung kepada budaya dan gaya Inggeris. Masjid ini juga telah dibina dengan sedikit sentuhan elemen Melayu dan Moorish. Masjid yang dinamakan sempena nama ayahanda kepada Sultan Ibrahim, Sultan Abu Bakar ini dapat memuatkan dalam 2000 jemaah pada satu-satu masa. Alamat Jalan Abu Bakar, 80100, Johor Bahru, Johor 23. Galeri Seni Johor Bagi pencinta seni, lawatan ke Galeri Seni Johor pasti dapat menjadi satu highlight yang terindah anda ketika di Johor. Di samping pameran lukisan yang menarik untuk dilihat, reka bentuk bangunan ini sendiri dapat membuatkan jiwa seni anda bahagia. Bangunan yang terletak di Jalan Petrie ini telah dibina pada tahun 1910 dan digunakan sebagai kediaman Dato’ Abdullah Jaafar yang merupakan Menteri Besar Johor ketiga. Bangunan ini kemudiannya dijadikan sebagai markas tentera Jepun dan seterusnya dibiarkan terabai dalam waktu yang lama. Selepas itu, bangunan ini digunakan oleh Jabatan Pendidikan sebelum dipilih untuk menjadi lokasi Galeri Seni Johor kerana seni binanya yang sangat mengujakan. Alamat JKR 144, Jalan Petrie, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru Waktu Operasi Setiap Hari Kecuali Jumaat – Bayaran Masuk Percuma Baca 58 Tempat Menarik Di Johor Pahang 22. Masjid Negeri Madrasatul Firdaus Masjid yang comel berwarna terang ini, Masjid Negeri ataupun Madrasathul Firdaus adalah sebuah bangunan yang tertua yang terletak di bandar Kuala Lipis. Bayangkanlah, bagaimana sebuah masjid yang tidaklah segah bangunan-bangunan kolonial lain ini mampu berdiri dengan teguh sejak tahun 1888 lagi. Sangat menakjubkan bukan? Lagi satu sebab kenapa masjid ini sangat istimewa adalah kerana ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun ketika banjir besar melanda pada tahun 1971, yang peliknya, masjid ini terletak di tebing Sungai Jelai. Wow! Untuk pengetahuan anda, masjid ini telah dibina pada abad ke-19 oleh seorang saudagar Arab dari Yemen yang bernama Habib Hassan. Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini ya? Alamat Masjid Negeri Lama Madrasatul Firdaus, Kuala Lipis, Pahang 21. Bangunan Bekas Suk Pahang Teringin melihat di mana tempat kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak? Inilah lokasinya. Rumah yang siap dibina pada tahun 1920 ini pernah menjadi tempat tinggal Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa beliau, ketika menjadi setiausaha Kerajaan Pahang. Alamat Terletak di atas Bukit Bius 20. Pahang Club Pahang Club adalah sebuah bangunan lama hasil binaan penjajah British yang terawal dibina di negeri Pahang iaitu pada tahun 1907. Pada asalnya, ia dibina untuk dijadikan sebagai kediaman Superintenden Ulu Pahang pada ketika itu iaitu Hugh Clifford, kemudiannya, mulai tahun 1922 ke 1926 rumah ini menjadi tempat kediaman Inspektor Polis British. Bermula daripada pertengahan tahun 1926, bangunan ini dijadikan sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British. Namun selepas negara mencapai kemerdekaan, ianya dibuka kepada semua rakyat tempatan. Kini, bangunan ini tidak lagi digunakan. Alamat Pahang Club, 27200 Kuala Lipis, Pahang 19. Muzium Sultan Abu Bakar Dibina pada tahun 1888, bangunan ini telah digunakan sebagai tempat penginapan residen-residen Inggeris pada tahun 1898. Struktur asal bangunan ini adalah daripada kayu namun pada tahun 1929, ianya telah digantikan sebagai bangunan batu 2 tingkat. Ketika waktu pencerobohan Jepun, bangunan ini pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun. Mulai tahun 1976 pula, ianya telah dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar. Dalam muzium ini terdapat banyak pameran barangan bersejarah untuk dilihat seperti barangan tembikar dan kaca antik daripada China, dan banyak lagi artifak-artifak yang lain. Alamat Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan Baca 32 Destinasi Terbaik Di Kuantan Pahang Kelantan 18. Masjid Kampung Laut Nak lihat masjid yang tersangatlah tua usianya di Malaysia ni? Datanglah ke Masjid Kampung Laut. Jangan terkejut jika dikatakan bahawa masjid ini telah berusia sekitar 300 ke 400 tahun kerana dibina pada tahun 1730. Tua ya amat bukan? Masjid ini telah dibina oleh para mubaligh yang sewaktu pelayaran meraka di sepanjang Kepulauan Melayu mengalami nasib yang malang di mana kapal mereka bocor. Namun begitu, mereka berjaya mendarat dengan selamat di kawasan pantai yang terdekat. Masjid ini kemudiannya dibina untuk memperingati peristiwa tersebut. Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat ciri reka bentuk Jawa dan teknik binaan klasiknya yang tidak langsung menggunakan paku. Lokasinya, hanyalah dalam 10 km dari bandar Kota Bharu. Namanya, Masjid Kampung Laut adalah bersempena dengan nama lokasi asal masjid ini yang terletak di kawasan Jajahan Tumpat iaitu Kampung Laut. Kini, ianya terletak di dalam kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri. Alamat Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu 17. Istana Balai Besar Istana Balai Besar ataupun Istana Susmana Besar adalah sebuah bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhammad II sebagai menggantikan pusat pentadbiran dari Kota Saba ke Kota Bharu. Istana ini telah menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Pahang yang lalu. Sehingga kini, bangunan ini masih kekal digunakan untuk menjalankan sebarang upacara rasmi negeri. Alamat Jalan Tengku Seri Akar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu 16. Istana Jahar Muzium Diraja Negeri Kelantan Bangunan yang kelihatan sungguh menarik di pandangan mata dengan warna hitam dan kuning ini, merupakan pada asalnya dibina oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1887 untuk cucuandanya yang bernama Long Kundur Bendahara. Pembinaannya disambung oleh Sultan Ahmad selepas Sultan Muhammad II mangkat. Pada tahun 1889, Long Kundur telah menjadi Sultan Muhammad III dan menjadikan Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat bersemayam baginda dan Sultan-sultan yang kemudian iaitu Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail. Bangunan ini kini digunakan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Alamat Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu 15. Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu Dibina pada tahun 1912, sebaik siap dibina, bangunan ini telah digunakan sebagai bank oleh The Mercatile Bank of India Ltd. Ianya dipanggil sebagai Bank Kerapu kerana permukaan bangunan ini yang agak menggerutu disebabkan oleh penggunaan simen berbatu-batu kecil. Kalau anda nak tahu, bangunan ini merupakan bangunan batu yang pertama di Kelantan. Ketika Perang Dunia Ke-2, bangunan ini telah digunakan oleh polis Jepun sebagai ibu pejabat, penjara, bilik siasatan serta tempat untuk mendera tahanan perang. Setelah kejatuhan Jepun, ia digunakan semula sebagai bank sehingga tahun 1981 sebelum dijadikan Balai Seni Lukis & Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, fungsinya telah diubah kepada Muzium Memorial Perang Dunia Ke-2 yang mempamerkan banyak barangan berkaitan dengan peperangan yang terdiri daripada artifak, foto dan artikel. Alamat Hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan Bayaran Masuk Dewasa RM2 Kanak-kanak RM1 Baca 53 Destinasi Pelancongan Popular Di Kelantan Terengganu 14. China Town China Town bukan sahaja ada di KL, malahan hampir di seluruh negeri dan juga di seluruh dunia. Memang hebat penangan masyarakat Cina ni! Untuk China Town yang terletak di Terengganu ini, tidak ubah seperti di kawasan China Town yang lain, penuh dengan warna-warni yang terang. Berjalan dekat sini, anda dapat melihat deretan-deretan kedai yang antik, ada juga yang memiliki ukiran yang tersendiri. Ada bangunan yang dibuat daripada simen dan ada juga yang diperbuat daripada kayu. Sebagai info, China Town di Terengganu merupakan tempat penempatan masyarakat Cina yang datang dari tanah besar China dalam abad ke-19. Terdapat banyak lorong yang menarik untuk dilihat di sini dengan tema-tema tertentu seperti Lorong Warisan Dunia yang menunjukkan info tentang tarikan menarik di dunia, Lorong Mesra Alam yang dihiasi dengan keindahan flora dan banyak lagi. Alamat Kampung Cina, Jalan Bandar, Kuala Terengganu 13. Kota Lama Duyung Terletak hanyalah 7 km dari bandaraya Kuala Terengganu di Pulau Duyung, Kota Lama Duyung telah dibina pada tahun 1919 oleh pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’ Biji Sura. Rumah ini digelar sebagai Kota Lama kerana ia turut dikelilingi oleh tembok batu. Yang menariknya tentang rumah ini, ia merupakan rumah yang dibina menggunakan batu-bata yang satu-satunya terdapat di daerah ini pada ketika itu. Reka bentuknya diinspirasikan daripada seni bina Melayu Terengganu pada zaman 1920-an. Alamat Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu Waktu Operasi Setiap Hari – Jumaat Tutup Bayaran Masuk Percuma 12. Masjid Putih Sumber Masjid Putih ataupun juga dikenali sebagai Masjid Besar dan Masjid Abidin adalah sebuah masjid yang dibina antara tahun 1783 ke 1808 oleh Sultan Zainal Abidin II. Masjid unik ini pada awal binaannya langsung tidak menggunakan tiang. Ketika zaman pemerintahan Sultan Umar, bangunan masjid ini telah digantikan dengan batu bata. Kemudiannya ditambah dengan 3 buah kubah dan 3 tiang bulat oleh Tengku Panglima Besar. Masjid ini telah mengalami banyak pengubahsuaian sehingga dapat memuatkan dalam 2,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Alamat Jalan Masjid Abidin, 20000 Kuala Terengganu Baca 45 Tempat Percutian Menarik Di Kuala Terengganu Kedah 11. Rumah kelahiran Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Alor Setar Kedah adalah daerah dimana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan iaitu pada 20 Disember, 1925. Daripada seorang rakyat biasa yang dibesarkan di dalam rumah papan yang hanyalah berbumbungkan daun nipah, beliau telah membesar menjadi seorang doktor dan seterusnya sebagai pemimpin negara. Rumah satu bilik ini telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992. Alamat Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah Waktu Operasi Selasa – Khamis – Jumaat – & – Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah Tutup 10. Balai Seni Bangunan dengan gabungan reka bentuk barat dan timur ini adalah hasil rekaan seorang arkitek bernama Muhammad bin Lebai Tambi. Pembinaannya dimulakan pada 21 Januari 1893 untuk digunakan sebagai Mahkamah Tinggi yang dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah. Bangunan ini kemudiannya bertukar fungsi beberapa kali sehinggalah pada tahun 1983 dimana ia telah dijadikan sebagai Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh sultan pada 25 Julai 1983. Alamat Balai Seni Negeri Kedah, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar Waktu OperasiSetiap Hari – Jumaat Tutup Sementara Pada – Bayaran Masuk Percuma 9. Masjid Zahir Zahir Mosque Masjid Zahir Zahir Mosque adalah sebuah masjid lama yang dibina pada tahun 1912. Tapak dimana masjid ini didirikan adalah kawasan perkuburan pahlawan-pahlawan Kedah yang telah terkorban sewaktu mempertahankan Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1821. Setelah pembinaannya siap, masjid ini dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah pada hari yang mulia iaitu Jumaat, 15 Oktober 1915. Masjid ini memiliki 5 buah kubah yang besar melambangkan 5 rukun Islam. Masjid Zahir didirikan di atas tanah yang berkeluasan 124,412 kaki persegi. Dewan solatnya berkeluasan 62 X 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh ruang beranda yang berkelebaran 4 kaki. Alamat Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar 8. Istana Pelamin Istana Pelamin telah dibina pada tahun 1736 oleh Sultan Muhammad Jiwa 1710-1778 dan dijadikan sebagai tempat bersemayam Sultan-sultan yang kemudian di Kedah serta tempat berjalannya pelbagai majlis Diraja. Istana ini telah melalui banyak ‘dugaan’ seperti kemusnahan sewaktu kedatangan Bugis pada tahun 1771 dan diabaikan ketika dibawah taklukan Siam dari tahun 1821 ke 1842. Namun, pada tahun 1851, ia telah dibaikpulih oleh Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan kembali meriah dengan pelbagai majlis termasuklah majlis-majlis perkahwinan. Istana ini dinamakan sebagai Istana Pelamin selepas berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan yang dikatakan paling meriah pernah diadakan iaitu pada tahun 1904. Mulai tahun 1983, bangunan ini telah ditukarkan fungsinya sebagai Muzium Diraja Kedah sehingga kini. Alamat Kedah Royal Museum, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar Baca 64 Tempat Menarik Di Kedah Perlis 7. Muzium Negeri Kangar / Muzium Kota Kayang Rumah Tetamu Kangar Muzium Negeri Kangar berdiri di atas tanah berkeluasan ekar yang suatu ketika dahulunya diberikan Raja Syed Alwi kepada adik lelaki baginda Syed Salim yang menjadi ketua menteri kepada Raja. Pada sekitar kurun ke-19, Syed Salim telah mendirikan rumahnya di atas tanah yang luas ini untuk didiami bersama keluarganya sebelum dijual kepada Kerajaan Negeri selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani. Bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Penasihat British yang pertama, Meadow Frost serta pewarisnya sehinggalah Perang Dunia Kedua 1941 yang memperlihatkan rumah ini diambil alih oleh tentera Jepun. Dari tahun 1943 ke 1945 pula ia digunakan oleh tentera Thai. Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan ini dijadikan sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis. Sedihnya, bangunan asal di atas tanah ini dirobohkan pada tahun 1991 dan digantikan dengan replika bangunan yang sama yang berfungsi sebagai Muzium Negeri. Alamat Muzium Kota Kayang, 02000 Kuala Perlis Baca 31 Tempat Menarik Di Perlis Sarawak 6. Kubu Margherita Kalau dilihat reka bentuk Kubu Margherita ni terasa macam melancong ke negara Eropah. Kubu yang berwarna putih ini telah siap dibina dengan reka bentuk istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama isterinya, Margaret Brooke. Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang seluas pandangan mata ke semua arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan kekuatannya. Alamat Fort Margherita, Petra Jaya, 93050 Kuching 5. Kubu Alice Satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di Sri Aman Sarawak, keseluruhan bajet pembinaan kubu ini telah dibiayai oleh Charles Brooke. Kubu ini telah dibina dalam hanya 12 bulan dengan bahan-bahan binaan yang terdiri daripada kayu belian derma. Dikatakan, peralatan-peralatan binaan kubu ini telah dibawa dari muara Sungai Skrang. Sekiranya anda ke sini, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan di sekitar Kubu Alice ini yang cukup indah oleh kerana lokasinya yang amatlah strategik. Kawasan di sekitar kubu ini turut dikelilingi dengan meriam yang sering digunakan untuk menyerang musuh tempatan pada ketika itu. Alamat Jalan Kuching/Serian 95000 Pantau, Sri Aman Sarawak, Jalan Sri Aman, Pekan Sri Aman 4. The Old Courthouse The Old Courthouse adalah sebuah bangunan bersejarah dibina pada tahun 1883 oleh Charles Brooke yang boleh di temua di bandar Kuching. Pada asalnya ianya digunakan sebagai pejabat kerajaan dan tempat majlis upacara negeri dijalankan. Di bahagian hadapan bangunan ini, terdapat monumen Charles Brooke yang berketinggian 6 meter. Pada monumen yang dibina dalam tahun 1924 ini, terdapat panel dengan 4 angka yang melambangkan kepelbagaian masyarakat di Sarawak iaitu Melayu, Kayan, Dayak dan Cina. Alamat Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching Baca 42 Destinasi Percutian Menarik Di Sarawak Sabah 3. Agnes Keith House Siapa sangka rumah kayu yang kelihatan begitu terpancar ciri tradisional tempatan ini sebenarnya merupakan milik keluarga mat saleh daripada Amerika, Agnes Keith. Kalau anda gemar membaca sastera lama, mungkin anda pernah dengar nama ini, kerana Agnes Keith telah membukukan pengalamannya-pengalamannya sewaktu menetap di Sabah. Rumahnya sebelum ini pernah menjadi kuarters kerajaan Inggeris yang dipanggil sebagai Newlands. Agnes dan keluarganya tinggal di sini sehingga tahun 1942 dan kembali lagi selepas Perang Dunia Ke-2. Namun, sekembalinya ke sini, rumah ini dilihat telah musnah terbakar dek kerana perang. Oleh itu, mereka telah membina rumah ini sekali lagi dengan reka bentuk yang sama. Mereka tinggal di sini sehinggalah tahun 1952. Bangunan ini dibaikpulih 50 tahun kemudian dan dibuka kepada orang awam mulai tahun 2004. Di dalamnya terdapat perabot-perabot dengan ciri-ciri kolonial dan barangan antik yang lain. Alamat Agnes Keith House, 90000 Sandakan, Sabah Waktu OperasiSetiap Hari – Bayaran Masuk Dewasa RM2 Warga Emas Atas 55 Tahun & Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Percuma 2. Bangunan Pelancongan Sabah Sabah Tourism Board/ Jesselton Post Office Bangunan yang meletakkan pejabat Pelancongan Sabah ini merupakan bangunan yang tertua di dalam bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum Perang Dunia Ke-2, bangunan ini dikenali sebagai Jesselton Post Office yang dirasmikan pada tahun 1918 oleh Mr. Pearson. Alamat Sabah Tourism Board, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu 1. Menara Jam Atkinson Atkinson Clock Tower Menara Jam Atkinson pada asalnya telah dibina untuk memperingati Pegawai Daerah pertama Jesselton iaitu Francis George Atkinson yang telah menemui kematian setelah diserang malaria ketika berusia hanya 28 tahun. Ibunya, Mary Edith, telah memberikan jam talam dua muka untuk bangunan ini. Namun begitu, bangunan asal yang telah siap dibina pada tahun 1905 ini digantikan dengan bangunan yang baru pada tahun 1964. Pada asalnya, menara ini dibina dengan hanya menggunakan kayu Merbau ataupun Mirabau dengan ketinggian 48 kaki. Namun reka bentuknya telah banyak berubah sebaik diperbaharui. Alamat Atkinson Clock Tower, Kota Kinabalu, 88400 Baca 67 Tempat Menarik Di Sabah Yang Istimewa Inilah antaranya tarikan-tarikan bangunan klasik yang telah berusia beratus tahun yang terdapat di negara Malaysia. Siapa sangka negara sekecil ini memiliki terlalu banyak peninggalan bersejarah dengan aura misteri dan reka bentuk unik yang sangat menarik untuk diteroka dan dilihat di depan mata sendiri. Sebenarnya masih banyak lagi bangunan bersejarah di Malaysia sehingga boleh dijadikan koleksi buku yang berjilid-jilid jika ingin disenaraikan kesemuanya. Baca 77 Destinasi Percutian Paling Popular Di Malaysia Diharapkan senarai ini dapat membantu anda dan keluarga merancang percutian dengan tema ‘kembali ke masa lampau’ pada musim cuti yang akan datang. Selamat bercuti! 82 tempat yang diurut berdasarkan favorit wisatawanBangunan Arsitektur • Tempat KeagamaanBangunan Arsitektur • Museum SejarahTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturGaleri Seni • Bangunan ArsitekturTempat Bersejarah • Bangunan ArsitekturBangunan Arsitektur • Tempat KeagamaanTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturTempat Bersejarah • Bangunan ArsitekturTempat Bersejarah • Bangunan ArsitekturTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturBangunan Arsitektur • Dek & Menara ObservasiTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturBangunan Arsitektur • Tempat KeagamaanTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturMuseum Benda Khusus • Bangunan ArsitekturLayanan Kereta Api • Bangunan ArsitekturTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturMenampilkan 1-30 dari 82 hasil Jakarta Ada banyak tempat wisata Bangkok Thailand terkenal yang wajib banget dikunjungi. Mulai dari tempat-tempat ikonik, instagramable, dan alam banget. Tempat wisata Bangkok Thailand terkenal yang ikonik menyuguhkan bangunan-bangunan khas kerjaan yang pasti bikin takjub saking megahnya. Tempat Wisata di Bangkok, 7 Spot Terbaik yang Wajib Kamu Kunjungi 6 Wisata Kuliner di Bangkok Thailand yang Unik, Liburan Lebih Menyenangkan 10 Wisata Thailand Paling Populer, Surga Tersembunyi di Negeri Gajah Putih Untuk anak-anak muda yang hobi banget ngonten, wisata Bangkok Thailand terkenal yang instagramable adalah pilihannya. Jangan lewatkan Sung Nong Nooch sebagai taman terindah di dunia yang tempatnya bak negeri dongeng. Di tempat wisata Bangkok Thailand terkenal ini, swafoto pasti jadi instagenic banget. Terakhir ada wisata Bangkok Thailand terkenal yang alamnya pasti bikin nagih datang lagi. Ada pantai, hutan, kawasan pegunungan, sampai air terjun. Lengkap sekali bukan? Berikut ulas lebih jauh tentang wisata Bangkok Thailand terkenal yang wajib banget dikunjungi dari berbagai sumber, Kamis 27/5/2021.Sung Nong Nooch. Tempat wisata bangkok thailand terkenal hingga mancanegara dan menjadi tempat eksotis lainnya yaitu Phuket. Phuket, merupakan satu pulau wisata yang ada di Thailand. Tidak berbeda jauh dengan wisata pantai pada umumnya, wisata bangkok thailand terkenal ini menawarkan panorama pantai yang memukai, dengan air laut yang biru dan jernih. Phuket sendiri merupakan satu pulau terbesar di Thailand, yang secara geografis justru didominasi oleh kontur pegunungan. Beberapa tempat wisata bangkok thailand terkenal di Phuket yang bisa Anda kunjungi di antaranya adalah The Big Buddha, Kamala Beach, Patong Beach, Bang La Road, Phuket Island Safari, Simon Cabaret Show, Wat Chalong, Phuket Old Town, Phuket Butterfly Garden and Insect World, Phuket Aquarium, Crocodile Farm, dan wisata-wisata lainnya. Sung Nong Nooch Di wisata Bangkok Thailand terkenal ini, Anda akan merasakan seperti berada di negeri dongeng. Taman yang sangat indah ini terletak di Pattaya. Eksistensinya pun sudah diakui turis mancanegara. Tempat wisata bangkok thailand terkenal ini juga menjadi salah satu taman terindah di dunia. Selain itu, tempat ini juga menyediakan berbagai fasilitas seperti penginapan, kolam renang, kebun binatang, dan ragam kuliner khas Thailand yang lezat. Dream World Taman hiburan wisata Bangkok Thailand terkenal yang sangat besar ini memiliki 4 zona di dalamnya yaitu Dream World Plaza, Fantasy Land, Dream Garden serta Adventure Land. Menariknya, di zona Fantasy Land para pengunjung disuguhkan dengan beberapa miniatur bangunan serupa dengan fairytale seperti Sleeping Beauty, Giant House serta Gingerbread House. Tidak hanya itu saja yang menarik, di zona Adventure Land para pengunjung bisa menikmati sejumlah permainan seperti Viking Ship, Snow Town serta Space Train. Wahana terbaik di Dream World yang tak boleh dilewatkan yaitu bioskop 4 dimensi 4D. The Grand Palace Thailand merupakan negara dengan bentuk kerajaan yang dipimpin oleh seorang raja. Oleh karena itu Negeri Gajah Putih memiliki banyak bangunan dengan arsitektur-arsitektur kuno bertema kerajaan, tidak terkecuali Grand Palace. Bangunan tua yang memiliki berbagai peninggalan sejarah Thailand ini begitu kaya dan unik, di tempat wisata bangkok thailand terkenal ini kamu akan disuguhi pemandangan yang tak ada duanya. Lokasi ini terdiri dari berbagai bagian, meliputi kuil, ruang bawah tanah yang menarik dan berisi labirin aula dari kerajaan Thailand di masa lalu, beragam peninggalan sejarah, serta arsitektur yang begitu indah. Kamu akan melihat kekayaan budaya dan kejayaan negara ini di masa lalu dalam arsitektur kuno yang begitu indah dan menakjubkan. Grand Palace ini amatlah luas. Luas wisata Bangkok Thailand terkenal ini 500x300 meter. Ada 35 bangunan di dalamnya. Istana ini mulai dibangun pada tahun 1782, pada masa pemerintahan Raja Rama I. Istana ini berfungsi sebagai kediaman resmi Raja-raja Thailand dari abad ke-18 hingga tahun 1945. Setelah itu, itu lebih banyak digunakan sebagai tempat menggelar upacara dan ritual kerajaan. Raja Thailand pun tinggal di Istana Bangkok Thailand TerkenalWat Arun Foto Lillian SUWANRUMPHA / AFPWat Arun Wat Arun yang merupakan wisata Bangkok Thailand terkenal berupa kuil tertua di Thailand, pemandangan di kuil ini benar-benar indah. Terlebih saat malam hari, bias lampu yang menerangi wisata bangkok thailand terkenal di sungai Chao Phraya sangat indah. Phu Tok Bila ingin menikmati keindahan alam pegunungan, Phu Tok inilah tempatnya. Bagi orang-orang yang gemar mendaki gunung maupun hanya ingin sekedar berjalan-jalan, wisata Bangkok Thailand terkenal ini dapat menjadi pilihan bagus. Phu Tok berada di sisi tebing dengan kemiringan yang lumayan terjal. Inilah mengapa Phu Thok juga populer dengan wisata adrenalinnya; terutama dengan kontur terbing dan jurang yang cukup terjal tersebut. Ketika pagi datang, kabut akan muncul dan menyelimuti permukaan pegunungan, sejenak mengantarkan kita pada sensasi negeri di atas awan, dengan semua keindahan yang ditawarkan tempat dingin ini. Sukhothai Tempat wisata Bangkok Thailand terkenal yang menyenangkan selanjutnya adalah Sukhotai. Sukhothai menawarkan reruntuhan yang megah di berbagai negara bagian pelestarian. Situs tersebar di seluruh kota, sehingga cukup mudah untuk menemukan tempat-tempat yang tenang dan atmosfer untuk dinikmati hampir sendirian. Dinding yang runtuh, fondasi yang luas, chedi dan pagoda yang mengesankan, patung Buddha dalam semua ukuran dan pose, tiang-tiang yang menjulang tinggi, dan sisa-sisa aula dan bangunan lainnya adalah beberapa di antara hal-hal yang dapat ditemukan di sini. Kolam yang dipenuhi teratai mengumpulkan sinar matahari dan papan informasi memberikan banyak informasi tentang masa lalu daerah itu yang megah. Wat Traphang Ngoen, Wat Mahatat, Wat Si Chum, Wat Sra Si, dan Wat Sorasak hanyalah beberapa situs untuk ditambahkan ke daftar. Taman Bersejarah Si Satchanalai di dekatnya adalah perpanjangan yang bagus untuk Bangkok Thailand TerkenalKo Phi Phi, sebuah kepulauan kecil di Provinsi Krabi, Thailand. Liputan6/PinterestPulau Krabi Pulau Krabi dengan keindahan alamnya merupakan destinasi wisata bangkok thailand terkenal yang seakan tenggelam oleh nama Phuket yang terkenal. Bagaimanapun, dapat dikatakan, inilah surga tersembunyi di Thailand, karena keberadaannya tidak banyak diketahui orang. Bagi yang suka wisata alam dan juga laut, maka Krabi akan menjadi destinasi wajib yang Anda kunjungi saat di Thailand. Pulau yang indah ini akan memanjakan Anda dengan pemandangan mengagumkan tiada tara. Bukan hanya pulau Krabi saja, namun gugusan pulau-pulau kecil di sekitar wisata bangkok thailand terkenal juga tak kalah indah dan akan membuat perjalanan liburan semakin berkesan serta menyenangkan. Panoramana laut dengan keindahan pulau yang tenang, akan memberikan nuansa liburan yang berbeda dari biasanya. Bagi para penggemar olahraga diving maupun panjat tebing, Pulau Krabi akan menjadi kombinasi yang sangat sempurna untuk dikunjungi dalam rentetan wisata Thailand ini. Di sana, Anda dapat menyaksikan beragam pemandangan, mulai dari perkampungan nelayannya yang cantik, hamparan pasir putih halus, pantai berair jernih, hingga jajaran bukit kapur dengan bentuknya yang unik. Aktivitas seru lainnya seperti snorkeling, kayak atau tracking menyusuri hutan tropis yang rindang juga dapat dilakukan di pualu ini, membuktikan betapa menyenangkannya liburan di Krabi ini. Bahkan tidak hanya itu saja, terdapat pula beberapa sumber air panas yang amat cocok untuk menghilangkan kepenatan saat di sini. Chiang Rai Candi buatan wisata bangkok thailand terkenal ini berlokasi di wilayah pegunungan Thailand. Yang paling fenomenal di Chiang Rai adalah kuil putihnya. Anda akan merasa di negeri salju, karena candi ini berwarna putih salju seperti kerajaan-kerajaan yang bertahun-tahun lalu. Madame Tussauds Madame Tussauds merupakan salah satu objek wisata bangkok thailand terkenal dan menjadi andalan di Kota Bangkok. Di sini para pengunjung disuguhkan dengan berbagai macam tokoh terkenal yang dibentuk patung lilin. Meskipun hanya sekedar patung lilin, namun patung-patung tersebut sangat menyerupai bentuk aslinya. Wisata bangkok thailand terkenal ini memiliki beberapa tokoh besar seperti Ir. Soekarno, Lady Diana, Barack Obama, Einstein hingga Mahatma Gandhi. Mark Zuckerberg, Anggun C Sasmi, Beyonce dan Michael Jackson juga ikut memeriahkan museum patung lilin ini. Menariknya, Madame Tussauds juga menyediakan beberapa show seperti Michael Jackson serta Bangkok Thailand TerkenalSebelum di Malaysia, Sea Life terlebih dulu hadir di Bangkok. Life Bangkok Ocean World Masih di kawasan Siam, Bangkok memiliki objek wisata yang tak kalah seru yaitu Sea Life Bangkok Ocean World. Ini merupakan salah satu tempat wisata terbaik bagi anak-anak. Di wisata bangkok thailand terkenal ini para pengunjung akan diajak melihat dan belajar mengenal makhluk laut mulai dari ikan biasa hingga ikan yang unik. Menariknya, kalian bisa melihat berbagai macam ikan yang belum pernah dilihat sebelumnya. Misalnya seperti ikan yang berjalan kaki, gurita raksasa, ikan raksasa, ikan dari hutan Amazon serta hiu martil. Para pengunjung juga bisa menikmati berjalan di dalam air serta menyaksikan pertunjukan 4D yang spektakuler mengenai kehidupan laut. Asiatique The Riverfront Ingin menikmati malam Kota Bangkok? Jika iya, cobalah datang ke Asiatique The Riverfront. Tempat wisata bangkok thailand terkenal ini berhadapan langsung dengan Sungai Chao Phraya yang sangat terkenal. Di sini para pengunjung bisa menikmati berbagai macam kuliner, tempat belanja hingga atraksi permainan yang ditawarkan. Sembari para orang tua menikmati kegiatan berbelanjanya, sang anak bisa menaiki wahana Ferris Wheel yang menjadi ikonik tempat wisata bangkok thailand terkenal ini. Tidak hanya itu saja, Asiatique juga menyuguhkan virtual reality seperti menonton secara langsung Muay Thai. Menariknya, di sini terdapat salah satu restoran yang sudah memenangkan Michelin Star yaitu Baan Kanitha. Tenang saja, di sini juga menawarkan beragam kedai makanan, minuman serta pusat oleh-oleh khas Thailand dengan harga murah. Ayutthaya Salah satu kota kuno Thailand, Ayutthaya yang terdaftar di UNESCO adalah suatu keharusan bagi para penggemar sejarah. Tempat wisata bangkok thailand terkenal ini mudah dijangkau dari Bangkok, reruntuhan yang menggugah membawa Anda dalam perjalanan kembali ke masa keemasan Siam. Wat Yai Chai Mongkorn sangat fotogenik, dengan stupa tinggi yang bisa Anda panjat, dikelilingi oleh deretan patung Buddha berbalut safron. Sorotan lainnya termasuk Wat Mahatat, dengan kepala batu yang terkenal terbungkus pohon, Wat Ratchaburana, dan Wat Si Samphet. Daerah Belanda dan Portugis kuno sangat layak untuk dikunjungi dan pasar terapung adalah tempat yang tepat untuk membeli suvenir. Menyewa sepeda atau, jika Anda seorang pengendara berpengalaman, skuter adalah cara ideal untuk menikmati Ayutthaya, meskipun ada juga banyak tuk tuk di setiap Bangkok Thailand TerkenalTuris memotret seorang anak di ayunan berbentuk kepala gorila raksasa yang terbuat dari jerami di sebuah taman hiburan di tepi Danau Huay Tueng Thao, Chiang Mai, Thailand, 1 November 2020. Mladen ANTONOV/AFPPantai Railay Railay merupakan salah satu pantai terindah di Thailand. Pantai ini memiliki pasir putih dan air berwarna biru yang sangat jernih. Selain menikmati pemandangan pantai, Anda juga bisa mencoba panjat tebing. Sebab, tebing batu di pantai ini seringkali digunakan untuk olahraga memanjat. Cocok banget untuk liburan musim panas. Chiang Mai Tempat wisata Bangkok Thailand terkenal dengan pengalaman berbelanja yang bisa tawar menawar, tapi Anda harus bisa bahasa Thailand. Chiang Mai buka mulai pukul hingga tengah malam. Di sini ada banyak makanan khas Thailand yang Anda wajib coba. Di antaranya seperti tom yam kung, mango sticky rice, pad thai, dan masih banyak lagi. Koh Phi Phi Koh Phi Phi menjadi salah satu daerah wisata Bangkok Thailand terkenal. Salah satu tempat yang Anda harus kunjungi adalah Monkey Beach. Anda bisa bertatap muka langsung dengan monyet. Lebih serunya lagi, Anda bisa mendayung sendiri perahu kayu kecil yang disewakan. Pantai lainnya yang bisa Anda kunjungi adalah Long beach, spot terbaik untuk menikmati keindahan Bangkok Thailand TerkenalPulau Koh Phangan, Thailand LawrenceBangkok Art and Culture Center Bagi pecinta seni, kalian harus berkunjung ke Bangkok Art and Culture Center. Berlokasi di seberang MBK Mall, objek wisata ini memiliki beragam kegiatan dan pertunjukan yang berhubungan dengan seni. Menariknya, para pengunjung bisa membuat perhiasan sendiri loh seperti liotin nama dengan huruf Mandarin, Sansekerta, Jawa, ataupun dengan huruf Thai. Selain itu, di wisata Bangkok Thailand terkenal ini kalian bisa melihat berbagai macam lukisan muali dari abstrak hingga potret foto kenangan para Raja Thailand. Kalian juga bisa melihat pesona keindahan dan kekayaan bumi Thailand yang dikemas semenarik mungkin. Impact Speed Park & Drift Park Ingin wisata yang lebih menarik lagi? Impact Speed Park and Drift Park merupakan pilihan yang tepat. Sesuai namanya, objek wisata Bangkok Thailand terkenal ini menawarkan speed park dan drift park bagi kalian yang ingin menjajal kemahiran di dalam trek. Selain itu, di sini juga menawarkan Gokart listrik dari Sodi yang pertama di Asia. Bagi kalian yang sudah mahir speeding, cobalah untuk menantang adrenalin dengan menjajal drifting di Impact Drift Park. Tenang saja, semua wahana ini tersedia untuk segala jenis umur termasuk anak-anak di atas usia 7 tahun. Siam Serpentium Siam Serpentium yang cocok menjadi destinasi liburan keluarga dan anak-anak. Namun, bila kalian tidak suka dengan ular jangan datang ke sini ya. Siam Serpentium memiliki koleksi 70 ular yang mengagumkan dari seluruh dunia. Mulai dari yang terpanjang, terbesar hingga yang paling eksotis. Menariknya, dari awal masuk kalian akan di suguhkan dengan patung kepala ular raksasa yang sedang membuka mulutnya. Jika masuk lebih dalam lagi, para pengunjung akan diajak seperti sedang menelusuri hutan. Koh Phangan Dikenal dengan pesta liar dan kehidupan malam hedonisnya, terutama saat bulan purnama, banyak pengunjung yang terkejut menemukan bahwa tempat wisata Bangkok Thailand terkenal ini merupakan impian para pecinta alam. Untuk bersenang-senang dan berpesta, Haad Rin adalah tempatnya. Keluar dari keramaian dan temukan pantai yang relatif tenang, air terjun yang masih asli, dan hutan yang rimbun, dan Anda akan melihat bahwa ada lebih banyak hal di pulau pesta yang terkenal itu daripada hanya ember koktail dan cat tubuh neon. Pasar malam adalah tempat yang tepat untuk mengisi makanan Thailand yang lezat dengan harga murah dan ada banyak sekolah memasak tempat dapat belajar cara meniru hidangan favorit. Temukan hati spiritual Koh Phangan dan Anda akan menemukan pusat meditasi dan yoga, komunitas zaman baru, retret, lokakarya, dan cara lain untuk menemukan keseimbangan batin dan kedamaian.* Fakta atau Hoaks? Untuk mengetahui kebenaran informasi yang beredar, silakan WhatsApp ke nomor Cek Fakta 0811 9787 670 hanya dengan ketik kata kunci yang diinginkan.

bangunan yang terkenal di malaysia